VIDEO BELAJAR URUT SATU BADAN!
LEBIH 60 POINT DIDEDAHKAN, BERMANFAAT UNTUK MERAWAT LEBIH 20 MASALAH TUBUH.
======
<br>
Tonton video point urutan di atas! ☝️
Kalau video tak muncul, masuk semula laman ini.
===
Saya Aminul Rashid Bin Jamil, pengasas teknik Urutan Saraf Al Amin. Berpengalaman dalam bidang urutan saraf sejak tahun 2012.
Saya menempuh banyak ranjau untuk menjadi mahir dalam urutan, pada waktu dulu sukar untuk mencari guru urutan, banyak yang ingin menutup dari berkongsi.
Tetapi dari waktu ke waktu Allah bukakan banyak jalan untuk saya memahami ilmu urutan, sehingga bukan sahaja saya boleh merawat (dengan izin Allah), bahkan saya juga diberi kemahiran untuk menyampaikan ilmu urutan dengan cara yang mudah untuk di fahami.
Bermula dari merawat ayah yang sakit, kemudian kawan ayah, jiran tetangga sehinggalah tersebar luas kepada masyarakat, Alhamdulillah.
Kini saya mula berkongsi ilmu kerana saya percaya di luar sana ramai orang yang memerlukan ilmu ini untuk keluarganya, seperti saya juga diwaktu dulu.
Oleh itu saya ingin gunakan kesempatan ini untuk berkongsi ilmu urutan secara online, iaitu melalui Video Tutorial yang mudah difahami, walaupun oleh mereka yang tiada pengalaman mengurut.
Pernah di menerima lawatan TV Al Hijrah.
Pada Oktober 2019, TV Al Hijrah pernah datang ke Pusat Terapi saya membuat rakaman tips kesihatan. Saya telah berkongsi 2 tips, iaitu:
1) Tips urutan sakit leher
2) Tips senaman sakit pinggang.
Pernah menerima jemputan Mingguan Wanita.
Pada Mac 2020, saya menerima pula jemputan dari Mingguan Wanita. Di dalam rancangan tersebut saya telah berkongsi secara langsung tips urutan untuk masalah Carpal Tunnel Sindrom (Saraf tersepit dipergelangan tangan).
Ini adalah video perkongsiannya:
Menerima lawatan Mingguan Wanita di Pusat Terapi.
Setelah itu pada Ogos 2020, saya menerima kunjungan daripada Mingguan Wanita yang ingin membuat rakaman di Pusat Terapi Saraf Al Amin.
Di dalam rakaman tersebut saya telah berkongsi tips senaman untuk mereka yang mengalami masalah Slip Disk di bahagian pinggang.
Ini adalah rakaman video tersebut:
Alhamdulillah..
Semuanya bagai disusun, dalam jangka masa yang pendek saya telah didatangi oleh pihak media beberapa kali. Itu menunjukkan bahawa ilmu urutan dan kesihatan ini amat penting untuk di kongsikan kepada masyarakat.
Oleh itu saya menyediakan platform pembelajaran online untuk mereka yang ingin belajar walaupun hanya berada di rumah.
Bolehkah belajar urutan melalui video?
Mungkin anda berfikir, apakah ilmu urutan boleh belajar melalui video?
Ya, sudah tentu boleh, mengapa tidak?
Kerana ilmu itu bermula dengan kefahaman, selagi kefahaman itu boleh disampaikan, maka selagi itu ilmu boleh diserap. Kuncinya adalah minat dan kesungguhan.
Di bawah ini saya letakkan video urut Bell Palsy :
Teknik urutan Bell Palsy (Lumpuh sebelah muka)
Adakah anda boleh memahami video di atas? Jika anda boleh faham, beerti anda sesuai untuk belajar secara online.
Satu lagi video saya kongsikan, iaitu 2 point penting untuk sakit belikat (Upper back):
2 point urutan sakit belikat
Ini hanyalah sebahagian, banyak lagi ilmu yang belum saya dedahkan. Dengan Video Tutorial Urutan Satu Badan ini, lebih 20 masalah tubuh boleh dibantu, iaitu:
1) Sakit leher
2) Sakit kepala
3) Sakit bahu
4) Sakit/ lenguh bahu
5) Sesak nafas
6) Tangan mudah lenguh
7) Sakit pergelangan tangan
8) Tangan sukar menggenggam
9) Perut kembung
10) Sakit belikat/ belakang
11) Sakit pinggang
12) Kencing tak lawas
13) Lemah tenaga batin
14) Kejang kaki
15) Sukar berdiri lama (Kerana lemah kaki)
16) Sakit lutut
17) Terseliuh
18) Sakit tumit
19) Kejang jari kaki
20) Lesu tubuh
21) Kurang selera makan
22) Lemah stamina
23) Bell Palsy (Lumpuh sebelah muka)
24) Minor stroke (Urut bahagian tubuh yang stroke atau urut satu badan)
Bukan itu sahaja!
.. Malah di dalam video ini saya juga akan kongsikan:
- Apakah ayat penawar & pendinding yang anda boleh gunakan semasa mengurut?
- Apakah maksud 'urat' dalam definisi Tukang Urut?
- Jika ingin mulakan urutan satu badan, dari manakah kita harus bermula? Dan mengapa?
- Bagaimanakah teknik urutan yang dapat menjimatkan tenaga?
- Bagaimanakah mengesan bahagian yang bermasalah?
- Bagaimanakah tekanan urutan yang menghasilkan rawatan
- Risiko yang perlu dielakkan semasa menjalankan urutan.
Apakah maklumbalas pembeli video ini?
1) En Badrul mengurut ayahnya yang sakit sehingga tak mampu untuk bangun sendiri. Selepas 5 hari urut, ayahnya sudah boleh bangun dan duduk dengan stabil, walaupun belum pulih 100%.
2) Terapis ini mengurut seorang pelanggan yang stroke, setelah 3 kali urutan (Jumlah urutan berbeza untuk setiap orang) pesakit telah boleh menggerakkan badan dan kaki, bercakap juga sudah jelas.
3) En Megat telah mengurut isteri yang mengalami sakit leher, belikat dan belakang. Selepas 2 malam urut, isterinya sudah ok. Alhamdulillah..
4) Beliau telah mengurut kawannya yang terseliuh ketika bermain futsal, setelah urut sakitnya beransur lega.
ADA BEBERAPA LAGI DI BAWAH NI. KALAU DAH TAK LARAT NAK BACA TESTIMONI BOLEH TERUS BUAT TEMPAHAN DI BAWAH SEKALI :
Video ini telah diletakkan di dalam group facebook rahsia. Anda akan diberikan akses untuk masuk ke dalam group tersebut jika berminat!
Klik di bahagian GUIDES dan anda akan lihat video yang telah disusun mengikut topik untuk memudahkan pembelajaran anda.
1) Berapakah harga video ini?
HARGANYA ADALAH RM293 SAHAJA.
Bayar hanya sekali, tetapi boleh diguna berkali-kali, bahkan boleh diwariskan kepada generasi anda (Selagi fb masih ada, InsyaAllah).
Untuk pembelian dengan harga promo --> KLIK SINI
2) Bagaimanakah cara untuk mendapatkan video-video ini?
- Isikan borang di bahagian paling bawah dan terus buat pembayaran.
- Setelah kami sahkan pembayaran anda, maka link akses GROUP FB RAHSIA akan terus di emailkan kepada anda secara automatik. Anggaran masa pengesahan adalah 2 hari bekerja.
Teruskan membaca untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas tentang video ini.
3) Apakah keistimewaan video ini?
a) Video ini mempunyai kualiti penerangan yang amat baik dan mudah difahami, sesuai untuk golongan yang langsung tiada pengalaman mengurut.
b) Anda boleh menonton video pembelajaran secara berulang-ulang sambil melakukan praktikal langkah demi langkah.
c) Ilmu ini boleh diwariskan kepada anak-anak (Melabur sekali untuk belajar, setelah itu ilmu boleh diguna secara berpanjangan berkali-kali).
d) Dapat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan (suami isteri boleh mengurut antara satu sama lain dengan penuh kasih sayang).
e) Berguna di saat kecemasan, di saat pasangan, anak atau iba bapa anda tiba-tiba sakit dan memerlukan bantuan.
NOTA:
1) Video ini adalah eksklusif untuk untuk pembeli, pasangan dan anak-anak.
2) Untuk masuk ke dalam group terhad hanya untuk 1 Profile FB shj
3) Support soal jawab tidak disediakan. Jika diberikan ruang soal jawab, ia hanyalah ehsan dari pihak kami.
4) Video pembelajaran adalah menggunakan platform FB group. Jika berlaku perkara di luar jangka seperti:
- Fb ditutup.
- Fb mengenakan peraturan baru yang menyukarkan kami. Sehingga menyebabkan anda tidak dapat lagi akses video pembelajaran.
Jika perkara tersebut berlaku dalam tempoh kurang setahun, kami akan emailkan semula video tersebut direct kepada anda.
Syaratnya anda hanya perlu emailkan kepada kami invoice beserta tarikh pembayaran video sebagai bukti pembelian.
Disclaimer! Perhatian kepada pembeli video.
Setelah anda membeli kami akan masukkan anda ke dalam group facebook rahsia. Kami akan hubungi anda melalui whatsapp atau call. Jika anda tidak dapat dihubungi dan tiada sebarang kerjasama, maka kami tidak bertanggungjawab atas kerugian anda.
=======
========
Untuk pembelian dengan harga promo --> KLIK SINI