VIDEO BELAJAR URUT SAKIT LEHER & BELIKAT/BELAKANG (UPPER BACK)


Setelah mengeluarkan video Belajar Urut Satu Badan, maka saya telah membuat keputusan untuk membuat video khas untuk bahagian-bahagian tertentu. Kerana berdasarkan pengalaman mengajar kursus bertahun-tahun saya dapati pelajar sukar untuk menghadam ilmu yang diberi secara banyak sekaligus.

Ilmu yang saya kongsikan ini mudah bagi sesetengah orang tetapi berat untuk sesetengah orang yang lain. Ada yang mudah dapat dan ada yang lambat.

Oleh itu pengeluaran video ini yang berbentuk fokus kepada part tertentu akan lebih memudahkan kefahaman pelajar yang mengikuti program ini.

Adakah video ini sama seperti video satu badan juga? Tetapi hanya fokus pada bahagian tertentu?

Sebenarnya video part sakit yang saya keluarkan ini adalah berbeza dari Urutan Satu Badan, kerana penerangannya lebih menjurus kepada masalah yang diutarakan yang bersesuaian dengan tajuk video. Sesetengahnya sama, tetapi ada nilai tambah yang tidak ada di dalam video urutan satu badan.

Penerangannya lebih detail, ada tambahan pada teknik urutannya, video lebih fokus untuk menyelesaikan masalah tertentu yang difokuskan mengikut tajuk video.

Jika video ini adalah sama seperti video Belajar Urut Satu Badan, maka tiada ertilah saya mengeluarkan video ini, kerana setiap video yang dikeluarkan bukanlah semata-mata hanya kerana mahu memperbanyakkan video, tetapi supaya setiap video baru yang dikeluarkan memiliki nilai tambah tertentu sehingga berupaya untuk melengkapkan video-video sebelum ini.

==

Kepada mereka yang suka dengan ilmu urutan dan tidak ingin ketinggalan pada setiap ilmu yang saya sampaikan, maka anda dianjurkan untuk mendapatkan setiap koleksi video yang saya keluarkan. tiada paksaan dalam membeli, kerana ia adalah pilihan setiap orang. Cuma saya fokuskan ayat ini kepada mereka yang benar-benar ingin menjadi mahir dalam ilmu urutan.

Ilmu ini saya pelajari dan kaji dalam tempoh yang panjang dan belanja yang tidak sedikit. Jadi jika anda ingin mendapat ilmu yang tinggi maka anda juga sepatutnya mengambil pendekatan yang sama, iaitu sanggup berkorban sama ada dari segi tumpuan, wang ringgit dan masa. Tetapi jangan lupa berdoa, kerana hanya Allah yang dapat memberikan kefahaman.

Ramai orang belajar ilmu yang sama, tetapi dapatnya berbeza. Ada ayang dapat banyak limpahan ilmu dan bantuan Allah dan ada juga yang sebaliknya. Kerana semuanya bergantung kepada cara kita menerima ilmu itu, adakah kita menerima ilmu itu dengan wang yang halal? Adakah melalui cara yang benar atau melalui cetak rompak? Adakah kita belajar dengan hati yang tunduk atau hati yang meninggi? Kerana ilmu umpama air, ia tidak mengalir ke tanah yang tinggi. Lebih rendah kedudukan tanah, lebih laju air yang turun.

==

Jika anda pernah dapatkan video Belajar Urut Satu Badan, tahniah saya ucapkan. Dan ini adalah peluang untuk anda mempertajamkan skill urutan yang sedia ada.

==

Di bawah ini adalah pendetailan video yang akan saya kongsikan dalam Video Belajar urut Sakit Leher & Belakang (Upper Back)


VIDEO 1

Video ini menerangkan tentang simptom (tanda-tanda) mereka yang mempunyai masalah sakit leher & sakit belikat.

Apabila saya sebut perkataan 'BELIKAT', anda tak perlu keliru. Belikat bermaksud di bahagian belakang sebelah atas, atau bahasa English di sebut sebagai Upper Back.

Untuk apa perlu tahu tentang simptom sakit leher dan sakit belikat sebelum menjalan urutan?

Jika anda ingin menjadi seorang yang lebih professional dan berkredibiliti dalam bidang rawatan, maka anda perlu memiliki ilmu yang lebih luas.

Pengetahuan tentang simptom akan membuatkan anda menjadi lebih mahir dalam menganalisa masalah pesakit. Iaitu dari segi meletakkan kategori berat atau ringan suatu masalah, menentukan peratus pemulihan dan seterusnya lebih mudah menentukan jumlah sesi urutan yang perlu yang dijalankan.



VIDEO 2


- Dalam video ini saya kongsikan point urutan di bahagian belikat.

- Dikongsikan juga posisi tubuh yang boleh menjimatkan tenaga dan memudahkan urutan semasa sesi urutan dijalankan.

- Cara mengelakkan urutan terkena bahagian tulang semasa mengurut bahagian belikat.

- Anggota urutan yang digunakan/ cara meletakkan sudut tangan semasa mengurut belikat.



VIDEO 3

Dalam video 3 ini saya kongsikan point seterusnya untuk melegakan sakit leher & belikat, iaitu point bahu.

Saya kongsikan cara melembutkan otot bahu dengan teknik 'tarikan'.

Iaitu dengan cara tarikan side by side atau tarikan jenis serentak.

Teknik ini tidak memerlukan jari yang kuat dalam perlaksanaannya.


VIDEO 4

- Dalam video ke 4 ini saya kongsikan kedudukan urat leher, tengkuk dan bahu. Apabila anda jelas dengan kedudukannya, maka akan lebih memudahkan anda untuk menjalankan urutan secara tepat, bukan hanya dengan berteka-teki sahaja.

- Saya kongsikan juga cara meletakkan tangan/ anggota urutan semasa mengurut point-point tersebut.

- Dikongsikan teknik urutan serentak atau side by side khas untuk point leher.

- Teknik urutan tambahan jika bahu keras atau sangat tegang.


VIDEO 5

- Dalam video 5 ini saya kongsikan point penting seterusnya untuk memberi kelegaan untuk sakit leher dan belikat, iaitu bahagian dada.

- Ada sesetengah orang juga mengurut bahagian dada, tetapi tiada kesan positif, mengapa begitu? Maka di sini saya kongsikan kedudukan point dada yang tepat.

- Saya kongsikan perkara yang perlu anda dielakkan semasa urut bahagian dada.

- Posisi tubuh yang memudahkan urutan dada.

- Cara urut serentak dan side by side untuk fokus urutan bahagian dada.



VIDEO 6


- Dalam video ke 6 ini saya kongsikan tentang kesan selepas urutan yang biasa berlaku kepada pesakit selepas urutan.

- Pengetahuan ini penting supaya kita boleh memberikan nasihat kepada pesakit selepas menjalankan urutan.

- Ini untuk mengelakkan sebarang salah faham pesakit dan seterusnya memudahkan proses urutan dijalankan secara berkala.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
VIDEO TUTORIAL URUTAN SAKIT PINGGANG
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN