Urut Pemulihan Tenaga Batin

(Rawatan Menyeluruh)


1) Apa itu masalah tenaga batin?

Masalah tenaga batin ialah kemerosotan kesihatan lelaki yang menyebabkan banyak masalah dalaman yang berlaku, sehingga memberi kesan kepada kelemahan ereksi dan ketidakmampuan untuk memuaskan istersetiap kali bersama.


2) Apakah tanda-tanda masalah tenaga batin?

Antara tanda-tanda masalah tenaga batin ialah:

  1. Kencing tak lawas (Tak tus).
  2. Kerap buang air kecil.
  3. Bangun malam (sekali atau 2 kali) untuk buang air kecil.
  4. Kurang tegang.
  5. Kencing kurang deras.
  6. Sentiasa tewas awal ketika bersama.

 

3) Punca masalah batin?

Punca masalah batin ada banyak, antaranya ialah:

  1. Kencing Manis
  2. Sakit jantung
  3. Kolestrol tinggi
  4. Sakit buah pinggang
  5. Sakit pinggang
  6. Slip disk (pinggang)
  7. Tabiat pemakanan yang tidak sihat
  8. Obesiti
  9. Kurang bersenam
  10. Gemar menonton video lucah (Masalah psikology, tak pernah merasa puas) 

 

4) Bagaimana nak rawat?

Masalah tenaga batin biasanya tidak berlaku dalam sekelip mata, melainkan jika terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kecederaan berat di bahagian pinggang.

Biasanya masalah batin berlaku dalam tempoh bertahun-tahun. Oleh itu rawatannya pun bukan sekelip mata dan ada proses rawatan yang anda perlu lalui.



 

5) Apa akan berlaku jika masalah batin ini dibiarkan?

Keburukan:

Masalah kesihatan akan terus merosot, tubuh akan menjadi tua sebelum usia yang sepatutnya, hubungan suami isteri akan hambar, suami sentiasa merasa rendah diri, takut dan malu setiap kali ingin bersama.

Sebagai suami anda tidak seharusnya hanya memikirkan kepuasan diri sendiri semata-mata, kerana perkahwinan adalah perkongsian hidup. Oleh itu seperti mana anda ingin mendapat kepuasan, maka si isteri juga menginginkannya.

Jika mereka tidak dapat maka mereka juga dalam keadaan dahaga, walau luaran mereka tersenyum tetapi dalaman tersiksa. Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memberi hak isteri (Kepuasan batin).

Selain itu masalah batin sebenarnya adalah gambaran bahawa kesihatan anda berada pada tahap yang rendah. Jika anda tidak mengambil langkah untuk pemulihan dan anda masih dengan tabiat lama, maka lama-kelamaan masalah akan semakin berat dan kesihatan anda akan semakin merosot.


Jika anda perhatikan, sangat ramai orang sakit dan tua sebelum usia yang sepatutnya. Kebanyakan mereka terlantar di hospital dan menaggung bil-bil perubatan yang tinggi. Mereka tak mampu lagi untuk bekerja, tetapi kos perubatan bulanan pula diluar kemampuan mereka.


Sebenarnya hampir setiap masalah kesihatan yang datang adalah akibat perbuatan kita sendiri. Bermula dari tabiat pemakanan yang tidak sihat, kemalasan untuk bergerak/ bersukan dan stress yang berpanjangan selama-bertahun-tahun.

Sama ada anda ingin berubat atau tidak itu adalah pilihan anda sendiri. Segala tulisan di sini bukan untuk memaksa anda mendapatkan pakej rawatan dari kami, kalau anda rasa tak perlu datang, maka anda tak perlu datang. Sekurang-kurangnya saya telah sampaikan sedikit ilmu yang saya tahu kepada anda.

Tetapi jika anda rasa perlu datang dan berubat, maka anda perlu bersabar dalam proses rawatan. Ikuti jadual dan nasihat yang diberikan agar kami dapat membantu anda mendapatkan kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.


6) Adakah pasti sembuh jika dapatkan rawatan dari kami?

Jawapannya tidak ada jaminan. Seperti mana jika anda melakukan pembedahan, doktor tidak berani mengatakan anda boleh sembuh 100% dan tiada langsung kesan sampingan, maka begitu juga dengan kami.





7) Bagaimanakah kaedah rawatannya?

Kami menggunakan pendekatan teknik URUTAN SARAF & ALIGNMENT TULANG AL AMIN.

Untuk merawat masalah batin terdapat point-point penting yang perlu diurutTeknik Urutan Saraf Al Amin membantu membuka kesumbatan yang menyebabkan gangguan pada perjalanan darah.

Apabila perjalanan darah semakin lancar tubuh akan menjadi semakin cergas dan bertenaga.

Selain itu teknik Alignment Tulang Al Amin pula akan membantu merungkaikan masalah kesepitan saraf terutamanya di bahagian pinggang. Kerana jika ada saraf yang tersepit ia juga adalah penyumbang kepada masalah tenaga batin.

Teknik Alignment Tulang akan membantu meningkatkan lagi kesan urutan ke tahap yang lebih maksimum.

Urutan yang dilakukan bukanlah sekali buat sahaja, bahkan ia memerlukan ulangan yang dilakukan secara berjadual.

Di dalam sesi urutan nanti Terapis akan memberikan khidmat nasihat yang dapat membantu dalam proses rawatan.




Di bawah ini adalah sedikit penerangan tentang rawatan tenaga batin yang kami gunakan, dan ada lagi yang tidak kami ceritakan di sini :



8) Di manakah lokasi kami? 

Lokasi HQ kami adalah di Setia Alam, Shah Alam.

Untuk mendapatkan lokasi yang detail anda perlu whatsapp no phone di bawah.


Feedback Pesakit



Feedback 1



Feedback 2



Feedback 3



Feedback 4



9) Nota Penting!

  • Kita tidak menjalankan rawatan ke atas pesakit yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Pesakit dibenarkan membawa seorang teman, tetapi kanak-kanak tidak dibenarkan untuk hadir sama sekali.
  • Pesakit perlu membawa 2 helai kain pelekat.
  • Perlu membuat bayaran deposit untuk booking slot rawatan.


10) Bagaimana nak booking slot rawatan?

Untuk booking slot rawatan anda boleh terus whatsapp ke:

011-50404441

>>>Klik di sini untuk whatsapp<<<

>>>Klik di sini untuk whatsapp<<<